Friday, September 11, 2009

Bila Tahu Suami Curang

Assalamualaikum w.b.t

Lama sungguh saya tidak meng'update' blog saya. Ia bukan kerana kesibukan saya..Cuma saya perlukan rehat yang cukup. Dan selama ini blog saya lebih kepada petua dan motivasi yang dapat saya kongsi bersama anda di luar sana.

Hari ini saya terbaca satu 'headline' sebuah majalah yang bertajuk Suami Curang - Jangan Terus Mengamuk. Tajuk tersebut benar-benar menarik minat saya. Sehingga hari ini saya masih memujuk hati saya dengan pembacaan dan mengikuti program-program motivasi di televisyen.

Tak dapat di nafikan sebagai makhluk Allah s.w.t kita akan di uji dengan pelbagai ujian bagi menguji sejauh mana kita sebagai makhluknya mampu menghadapi situasi yang getir dalam hidupnya. Ini tidak terkecuali bagi pasangan suami isteri.

Semua mahukan sebuah perkahwinan yang bahagia dan aman damai, namun bukan semua yang kita harapkan akan menjadi kenyataan. Kecurangan adalah satu perkataan yang amat di geruni oleh setiap pasangan yang sudah mendirikan rumahtangga. Apabila ada kecurangan bermakna kepercayaan terhadap pasangan juga akan semakin berkurangan dan di khuatiri kasih sayang yang selama ini dicurahkan 100% semakin tawar.

Berikut di antara panduan dalam menghadapi suami curang:

a) Ambil Masa Redakan Perasaan
Kenyataan tetap kenyataan, anda tetap perlu berhadapan dengan kecurangan yang dilakukan. Ada sesetengah wanita yang sukar menerima kecurangan suami kerana perkara itu memang menjadi fobia dalam perkahwinan. Lakukanlah apa saja untuk menyakiti hantinya tetapi jangan berlaku curang.

Sesungguhnya memang sukar tapi inilah realiti yang perlu diterima. Ketika mendapat tahu berita kecurangan pasangan, anda mungkin merasa begitu lemah sekali, sakit hati, terasa dikhianati, marah dan ingin membalas dendam. Ini adalah respons normal setelah mengetahui ketidakjujuran dilakukan pasangan. Anda sendiri memang layak untuk marah dan juga berasa sakit hati.

Tidak dinafikan ada wanita mengambil masa yang lama untuk meredakan perasaan ini. Tapi apapun yang anda lakukan cubalah untuk tidak bertindak berlebihan pada keadaan ini. Berfikirlah tentang baik dan buruk tindakan anda sebelum melakukannya.

b) Mencari Sokongan
Dalam hal ini rakan dan keluarga selalunya menjadi tempat anda mengadu nasib. Tapi sebelum anda berbuat demikian, fikirlah dulu dengan siapa yang patut anda ajak berbicara tentang kecurangan suami.

Kesilapan memilih rakan kadang kala memakan diri anda sendiri. Apatah lagi anda tersilap pilih rakan yang suka membawa mulut dan membesar-besarkan cerita yang ada. Carilah sokongan daripada orang yang anda percayai dan kenali luar dan dalam.

Selain itu pastikan juga rakan yang anda pilih adalah seseorang yang dapat memberi sokongan dan pendengar yang baik. Bukannya memperdebatkan kembali apa yang anda katakan. Jika orang yang ajak berbicara membuat keputusan terlebih dahulu daripada anda dan mencadangkan tindakan yang anda sendiri rasakan tidak wajar maka carilah rakan yang lain.

c) Berhenti Menyalahkan Diri Sendiri
Dikatakan begini kerana ada wanita yang menyalahkan diri sendiri bila suami berlaku curang. "Aku tak layan dia dengan elok", 'aku bukan isteri yang baik' dan 'aku tak membahagiakan dirinya' adalah di antara ayat yang mungkin keluar dari wanita ini.

Hentikan semua ini kerana yang berlaku curang bukan anda tapi dia!

Kecurangan adalah petanda besar bahawa sesebuah perkahwinan itu mempunyai masalah. Oleh itu adalah penting anda tidak menyalahkan diri anda dalam hal ini. Masalah yang berlaku sudah tentunya tidak hanya berpunca dari diri diri anda sendiri. Bahkan jika pasangan anda berasa tidak senang dengan perkahwinan yang dijalani, kecurangan bukanlah jalan keluar atau penyelesainnya. Masih banyak perkara lain yang boleh dilakukan untuk memperbaiki rumah tangga dan bukannya dengan mencari pasangan lain.

d) Jangan Buat Keputusan Ikut Emosi
Kecurangan suami sememangnya sesuatu yang menyakitkan hati. Kalau diikutkan hati yang marah dan sakit anda tentu mahu saja memutuskan saja hubungan. Biar hidup sendiri dari terus memakan hati.

Tapi ingatlah jangan membuat keputusan mengikut emosi yang marah. Berikan masa untuk emosi dan jiwa anda kembali tenteram. Selepas itu fikirkanlah pilihan anda. Mahu cuba kembali, bermadu atau berpisah?

Namun begitu, perpisahan sebaik-baiknya menjadi perkara terakhir dalam fikiran anda terutama sekali jika telah dikurniakan cahaya mata. Fikirkan tentang masa depan anak anda yang akan hidup tanpa ayah di sisi. Tapi jika perpisahan anda rasakan jalan terbaik untuk pastikan anda membuat keputusan ini dengan akal yang sihat dan rasional.

e) Lepaskan Dia Seketika
Sekiranya anda sayangkan seseorang, lepaskanlah dia. Jika dia kembali, itu tanda dia milik anda selamanya. Pernahkan anda mendengar kata-kata ini? Mungkin ada kebenarannya. Selepas puas anda merayu dan menasihatinya kembali ke pangkal jalan namun suami langsung tidak mengendahkannya.

Mungkin satu cara yang boleh anda lakukan adalah dengan melepaskan dirinya seketika. Anda telah melakukan kewajipan anda. Biarkan dia dengan dunianya, mungkin dengan melihat kesabaran anda berhadapan dengan sikapnya membuatkan hati suami lembut dan dapat membezakan yang mana intan dan yang mana satu kaca.

Note : Buat teman tersayang dan keluarga, terima kasih dia atas sokongan kalian selama ini. Tanpa kalian saya mungkin takkan menjadi setabah dan sekuat ini. Love you all!!


20 comments:

  1. Saya akan cuba ikut cara² ini & kemudian saya akan buat keputusan...saya kasihankan 'dia' kerana dia tersilap langkah..tapi kali ini kali kedua. Saya pernah katakan pada'nya', saya takkan maafkan'nya' sekiranya 'dia' mengulangi perbuatan'nya'. Kini, yang ada cuma perasaan kasihankan 'dia' kerana saya tahu 'dia' akan MENYESAL. Ya Allah....berilah aku kekuatan....

    ReplyDelete
  2. moga akak akan terus tabah dan lebih bersemangat menjalani kehidupan .amin~

    ReplyDelete
  3. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  4. thanks for the info.. mmg tengah alami saat ini... Semoga Allah shows me the way .. AMinn

    ReplyDelete
  5. tq for the info saya juga sdg alami nya skrg..kdg2 marah dgn diri sndiri krn trlalu emosional

    ReplyDelete
  6. TQ....I SELALU SUKA MENYALAHKAN DIRI SENDIRI,TP DIA YG WAT MASALAH.SKRG NI I RASA I BETTER LEPAS KAN DIA SEKETIKA.....ANDAI KATA BAHAGIA ITU MILIK KU MAKA IA AKAN KEMBALI PADAKU JUA.....ANDAI TIDAK AKU PASRAH DENGAN KETENTUANNYA......

    ReplyDelete
  7. Yg sye plak sdeyhh sgt..sbb sye sdah mndirikn rumah tgge selame 4thun..sye mule sbrcinte dgn sejak umur sye dengn 15thun lg zmn sekolah..tp knp sye kini diakhri dgn sbuah kcurng..sdgkan sye sygnye lbih dri diri sye..dye tlh mghncurkn hati dan kpercyaan sye pd dye sgt kritikal..hati pnah nak tggalkn tp x bole sye msih syg kn dia...bile sye tnye knp awk buat mcm ni dia kte'sye xlayan dengan baik lah ape lah..sye beta blik kate dye dengan mcm ni'Sye xlyn awk dgn baik ke ape ke ade ke sye blaku curang!!!sye xmudah curang dgn awk phm!!sbb sye keje 12 jam..tp mlm ade waktu brsme knp awk ckp mcm ni!!so harap korg bg aq respon plesss

    ReplyDelete
    Replies
    1. Biasalah bro..manusia nie x pernah bersyukur dengan apa yg dia ada...kdg2 dia x dpt nak menilai seseorg tu...sudah menjadi lumrah..
      bro mcm nie la kalu bro masih sanyangkan rumahtangga n sayangkan dia..bro kena slow talk n cuba cari jln penyelesaian...perkara yg lepas jgn diungkit..bro cuba berikan lebih perhatian pd dia...saya phm maybe bro busy or penat..tp kdg2 kite perlu berkorban sesuatu utk mendpt sesuatu yg lebih baik..
      Dan lagi satu bro..jgn lupa solat dan berdoa padaNya...dan bykkan bersabar....bro perkara yg jadi x guna ungkit2 kerna ia x akan dpt ubah apa2...

      Delete
  8. huhu..moga saya juga diberikan kekuatan

    ReplyDelete
  9. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  10. Mm saya x fhm..mksd kita lepaskn utk seketika tu...mcm mana ye...adakah mksdnye..kite tinggalkn dia sendirian ...kira mcm long distance hsbn n wife ke mcm mana ye....

    ReplyDelete
  11. salam,saya amat buntu skg ni...sy tlh berkahwin slama 5 thn atas dasar cinta.bknlah sy hendak burukkan suami tp sy tak tertanggung dgn masalah ini.awal perkahwinan mmg ok tp lps 2 thn,dia mula tnjuk belang,slalu panas baran.silap sikit sepak terajang sy dpt.utk pengetahuan semua suami sy tidak mmpunyai pekerjaaan tetap,slama ni sy yg bnyk tanggung perbelanjaannya.dia juga seorang penagih ganja.sy dh lali sepak teranjang dia,maki hamun dan mcm2 lg sy kena.tp awal tahun dia sy dpt tngkap dia tidur dgn perempuan lain didlm bilik tidur kami,ms itu mmg hancur luluh hati,xdpt nk ckp mcmna.sy keluar dr rumah,semua moto dan kereta sy amik blik.sb suma tu atas nama sy dan sy yg bayar tiap2 bulan.dia merayu mintak sy kembali,kerana syang yg kuat terhadap dia,sy balik semula kepadanya.tp ujian Allah taala msih ada,sy xsengaja periksa hp dia dan ada sms manja2 dr pompuan lain,hancur hati sy...sy kuatkan hati telefon permpun tu dan perkenalkan siapa saya.perempuan tu org sarawak dn keja dkt kelab mlm.sy ckp elok2 dgn pompuan tu.skg ni suami sy msih x tahu yg sy telah mngetahui ttg dia dan perempuan tu...slama ni sy byk berkorban utk dia dan berusaha melindungi rumahtangga yg kian hncur tp suami msih lg leka dgn duniawi.sy buntu mcmna nk hadapi suma ni berkali2.kdg2 smpai tertekan rs mcm nk mati saja.,tp iman sy msih kuat.kdg2 pekara yg dia buat tu terbayang dpn mata,rs mcm sy ni bodoh sgt2,msih tunggu lg lelaki mcm tu.sy mintak pndangan semua mcmna sy nk hadapi masalah ni.adakah patut sy mintak cerai?sbsblum ni sy dh pernah ke mahkamah syriah tuntut cerai tp dia xmau lepaskn.sy keliru samaada sayang ni msih ada lg kt dia atau tinggal dendam sj kt dia.

    ReplyDelete
  12. mmg..dorang akan salahkan kita byk perkara..sepatutnya curang bkn jln penyelesaian nya...entah ini pun dh terjadi pada saya....sy percya dia 100% rupanya dia mengambil kesempatan di atas kepercayaan diberikan..sekrg sy bersabar di atas nasihat insan2 tsayang demi selamatkan rumahtangga...hp dh ade pword..1 apa pun saya taktau ttg prpn tu..tp sy tau suami sy still lg dgn prpn tu..cuma skrg sya sabo dna berdoa agar Allah buka hatinya...untuk saya dan anak2 kembali...insyallah..walaupun bl tahu hati sakit dan pedih bagai dihiris pisau yang tajam.....

    ReplyDelete
  13. saya tak pasti samada suami saya pernah bersetubuh dgn wanita lain atau tidak. tp yg pasti setiap kali dia outstation dia akan bertemu dgn seorang perempuan yg bernama Mak Li Fong. saya tahu mengenainya apabila saya membaca sms dia tanpa pengetahuan dia. apa yg saya tak puas hati ialah dia seorang yg kedekut tp ringan pula tangan dia jika blanja perempuan lain makan dan bersembang. saya pernah terbaca smsnya dgn perempuan tersebut yg berbunyi "jika saya balik, tak dapat lah nak peluk lagi. pedih hati saya terbaca.

    ReplyDelete
  14. sye juga akan cuba ambik cara awk ini, saya juga mempunyai masalah mcmni.. semangat down sye sedang cari semgt sye kembali..

    ReplyDelete
  15. Sy pun ada suami curang, rasa dah pernah tido dgn betina sial tu coz jumpa dlm inbox fb, dia lupa log out.syg puas tak smlm.belum yg lain lagi.so aku dh gayang betina tu kt tempat keje.skrg suami tak ada out stesen. Coz dia keje sendiri.aku suruh tutup syarikat kt situ.bukak syarikat dekat rumah aku n tempat aku keje.skrg aku masih pantau dia.kalu aku jumpa sedikit bukti ada hubung mana betina yg mcm sial...pilih aku dan ank atau betina sial...

    ReplyDelete
  16. Satu lagi jgn lembut sgt.....dan satu lagi
    kita gayang je yg betina dok gatai main laki orang, .baru dia tahu langit dan bumi...sampai bila asyik menangis, pedih, bengang dan rasa diri d tipu.JGN BERI MUKA...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam kak..saya baru je dpt tau die curg dgn sy dan dia mengaku sygkan perempuan tu,sbp pmpn tu dah byk tlong dia..saya jugak bertekak dlm fb dgn pmpn tu tapi tetap pmpn tu nak dekat laki saya..laki saya pulak buat tak peduli dengan saya sia[ gelakkan saya yg tgh merana..sudahla die tak bkerja...nafkah sesen tak mampu sara anak bni..ap ptut sy buat kak...sy dah maki hmun pempuan tu kaw2 die tetap gatal bencinya!!

      Delete
  17. thanks for the tips. emotional takkan dapat mengatasi rasional.

    ReplyDelete
  18. Patah hatiku...Makan tak lalu..mandi tak basah...padahal dia sedang bermesra gelak tawa dengan betina tu....Ya Allah.....

    ReplyDelete